Quantcast
Channel: Ceritera Ibu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 774

Cara cepat nak lenyek bubur baby

$
0
0

Cara cepat nak lenyek bubur baby | Assalamualaikum.. Adakala datang mood malas nak buat sesuatu, mungkin jugak sebab penat.. Tapi sebagai seorang ibu, nak tak nak kita kena jugak buat keje rumah.. kalau tak siapa yang nak buat kan.. Bekalan makanan baby Faiz Mikail dah habis, so malam tadi Dilah masak bubur untuk bekalan ke rumah pengasuh hari ni..


Masak bubur beras perang letak carrot + ikan bilis + brokoli.. Dah siap masak nak kena tunggu bubur sejuk sikit baru boleh blend.. Tapi Dilah malas pulak nak tunggu, lagi satu malas jugak nak basuh blender.. sbb kena basuh 2,3 part kan.. so terus capai tapis dan lenyek halus bubur baby.. lenyek terus masuk dalam food storage baby.. siap!! 

Kalau puri buah-buahan, Dilah lenyek guna baby food mill shj. Dilah ada share di entry sebelum ini.. Food Mill ni sesuai sangat kalau nak bawak travel sebab sizenya yang kecil dan tidak memerlukan kuasa elektrik.

Biasanya Dilah masak untuk 2 or 3 hari makan sahaja.. jadi baby pun boleh tukar-tukar makanan.. takdela baby boring kan..  nanti kalau rajin Dilah share lagi pasal baby food Faiz Mikail ya.. Mood update blog dah kelautan skrg ni.. haha


Viewing all articles
Browse latest Browse all 774