Renew Road Tax dan Insurans Kereta dengan Sureplify | Assalamualaikum.. Dilah nak Tanya korang renew road tax dan insurans biasanya kat mana ye? Dilah dulu guna agen.. Tapi Ayah Wan la yang uruskan cari agen insurans tu... kalau guna agen ni biasa la nak tunggu quotation, kadang-kadang lambat nak tunggu diorang reply. Bila service lambat, Ayah Wan cari agen lain.. kalau tak silap dah 2,3 kali jugak la tukar agen insurans untuk renew road tax kereta ni..
Tapi sekarang ni dah mudah.. Dah ada website yang boleh dipercayai untuk uruskan urusan renew road tax dan insurans kereta. So dah tak perlu lagi nak buat appointment jumpa agen.. semuanya dihujung jari jer..
Apa itu SUREPLIFY?
Sureplify merupakan revolusi portal dalam talian secara percuma yang khusus dalam menyediakan perkhidmatan pengalaman insurans secara profesional. Kami menawarkan pilihan yang terbaik dan meluas kepada pengguna untuk keperluan insurans motor mereka, segalanya dalam portal digital sehenti kami.
4 SEBAB Kenapa korang perlu menggunakan khidmat Insurans dari SUREPLIFY?
1) Sebut Harga Kami Berpandukan Keperluan Anda
Dengan system Sureplify yang canggih, setiap polisi yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada keperluan peribadi anda.
2) Pakar sentiasa ada untuk membantu
Pakar khidmat pelanggan berlesen Sureplify bersedia untuk membantu anda dalam semua aspek insurans.
3) Mudah dan selamat
Sureplify tidak akan mengambil apa-apa bayaran insurans bagi pihak penanggung insurans. Yakinilah dengan Sureplify, bayaran anda selamat di pihak penanggung insurans.
4) Perkhidmatan Penghantaran Cukai Jalan
Pembaharuan cukai jalan dihantar terus kepada anda dengan peringatan apabila hampir tarikh tamat tempoh. Ianya mudah, cepat dan selamat!
Bagaimana cara mendapatkan quotation dari Sureplify?
Mudah sahaja. Korang hanya perlu ikuti 3 langkah mudah seperti di bawah ini untuk mendapatkan sebut harga (quotation) dari Sureplify.
Pilih produk insurans yang bersesuaian dengan kehendak dan bajet korang. Kemudian, boleh terus dapatkan sebut harga dalam masa yang sama juga.. Pembelian terus melalui laman web SUREPLIFY tanpa melalui agen. Korang juga boleh mendapatkan mata ganjaran dengan merujuk kawan-kawan korang menggunakan servis dari SUREPLIFY.
Untuk mula mendapatkan sebut harga, korang boleh klik link di bawah ini..
Ciri-ciri Menarik dalam Aplikasi SUREPLIFY di telefon pintar
Untuk lebih menarik lagi, Sureplify turut mempunyai aplikasinya sendiri dan korang boleh download aplikasi Sureplify dalam smartphone korang. Lebih mudah untuk korang mendapatkan info-info terkini dan juga sangat membantu ketika dalam kecemasan. Muat turun aplikasi SUREPLIFY di telefon pintar korang sekarang.
Berikut adalah ciri-ciri menarik yang terdapat dalam aplikasi SUREPLIFY.
Mudah dan best kan website SUREPLIFY ni.. kalau korang nak tahu juga, selain dari renew insurans dan road tax kereta, korang juga boleh dapatkan insurans hayat (peribadi) dari website ini juga.. Eh.. semua pasal insurans boleh beli dari SUREPLIFY la.. Antara syarikat insurans yang bekerjasama dengan website sureplify ni adalah seperti berikut :
Tahun depan boleh la Dilah renew road tax dan insurans kereta dari Sureplify ni.. Mudah, cepat dan selamat!!
Untuk info lanjut, boleh layari website di bawah;