Quantcast
Channel: Ceritera Ibu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 774

4 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Lakukan Aktiviti Sepanjang Cuti Sekolah

$
0
0


4 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Lakukan Aktiviti Sepanjang Cuti Sekolah | Assalamaualaikum.. hai korang.. cuti sekolah dah bermula.. Korang dah ada plan ke nak bawa anak-anak ke mana cuti sekolah ni?? InsyaAllah, Dilah dah plan nak bawa anak-anak bercuti ke satu tempat yang best sangat.. Nak tahu ke mana?? InsyaAllah nanti Dilah akan update ye… hehe.. tapi kalau tak sabar nak tunggu Dilah update kat blog ni, korang tengok saje Dilah update di IG dan FB nanti ya..

Bila kata cuti sekolah ni tak semestinya kita perlu bawa anak-anak pergi bercuti tempat yang jauh-jauh kan.. Tak bermalam pun tak apa. Asalkan ada aktiviti yang menarik untuk anak-anak lakukan masa cuti sekolah. Tu pun dah buat anak-anak happy kan.. Bagi korang yang belum ada plan nak bawa anak-anak bercuti ke mana-mana, meh Dilah share beberapa tempat yang menarik untuk bawa anak-anak beriadah dan lakukan aktiviti yang menarik.

1) LOST WORLD OF TAMBUN


Dilah dah pernah ke Lost World of Tambun 3 tahun lepas. Tempat ni memang best sangat. Bukan hanya untuk kanak-kanak, tapi untuk ibubapa pun best juga. Mesti ramai yang ingat LOST ni ada taman tema air yang best sahaja kan. Tapi kalau korang nak tahu, ada banyak lagi tempat menarik di LWOT ni seperti petting zoo, Tiger Valley, Adventure Park dan banyak lagi. Masa Dilah pergi tu anak Dilah tak berapa sihat, jadi kami tak masuk waterpark pun kecuali kakak Diyana. So kami decide untuk jelajah ke tempat-tempat lain di dalam LWOT tu. Walaupun dah dapat mandi di waterpark tu tapi memang puas hati la dapat melawat zoo dan tempat-tempat yang lain tu dalam satu hari. Korang pun kena pergi jugak nanti tau..

Harga Tiket
RM58– RM80

Dewasa RM70  RM58
Kanak-kanak (3 ~ 12tahun)  RM66  RM58
PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun.

Info lanjut :
https://tripcarte.asia/product/the-lost-world-of-tambun-perak/

2. FUNTOPIA COURTYARD



Dilah memang suka aktiviti lasak macam ni dan anak-anak pun nampaknya suka buat aktiviti macam ni.. maklum la anak-anak ramai lelaki kan.. So setakat aktiviti memanjat-manjat ni memang suka sangat la.. Kalau anak-anak korang pun jenis yang suka buat aktiviti lasak macam ni, boleh la bawa anak-anak ke Funtopia Courtyard Kuala Lumpur ni. Kalau dah pergi sekali mesti nak datang lagi nanti.. hehe


Harga Tiket
RM28.80– RM44

Children RM36RM28.80 (Weekdays)
Children RM55  RM44 (Weekend)
Not recommended for children under 110 cm and below 15 kg.
Two (2) hours access to:
  • Fun Climb – 26 climbable walls
  • Jungle Ropes – Hanging Ropes Course
  • Magic Maze – Soft Play area
Info lanjut :

3. BERJAYA TIMES SQUARE INDOOR THEME PARK



Selain Funtopia Courtyard, kalau anak-anak suka melakukan aktiviti indoor games, korang juga boleh bawa anak-anak ke Berjaya Time Square Indoor Theme Park. Taman tema ini terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Fantasy Garden, Galaxy Station dan Function Venue. Setiap bahagian tu pula terdapat pelbagai jenis permainan yang menarik untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Harga Tiket
RM18– RM63

Adult RM55  RM49.50
Children (3 ~ 12tahun)  RM45  RM40.50
PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun.

Info lanjut :


4. MUSEUM OF ILLUSIONS KL



Bagi korang yang suka bergambar, sekarang ni dah banyak tempat buat 3D art dan illusions. Rasanya setiap negeri dah ada tempat macam ni kan. Kalau korang ke Kuala Lumpur, boleh la cuba datang ke Musuem of Illusion ni yang terletak di Bukit Bintang. Dah ke sana nanti jangan lupa ambil gambar cantik-cantik untuk buat kenangan tau.. hehe..
 

Harga Tiket
RM20– RM86.40

Family Combo (2 Adult + 2 children) RM90  RM72
Adult RM35  RM28
Children (5 ~ 15tahun)  RM25  RM20
PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun.

Info lanjut :

Dilah baru share 4 tempat yang best tapi sebenarnya ada banyak lagi tempat lain yang best dalam Malaysia ni yang korang boleh bawa anak-anak semasa cuti sekolah nanti. Korang boleh survery di website Tripcarte.. Dalam website ni, korang boleh dapatkan harga tiket dengan harga yang lebih murah dari tempat lain tau..

So tunggu apa lagi.. Jom survey di website Tripcarte. Semuanya hanya di hujung jari anda..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 774

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.