Quantcast
Channel: Ceritera Ibu
Viewing all 774 articles
Browse latest View live

WW86 :: Sedap ke Susu Kurma Goodday?

$
0
0

WW86 :: Sedap ke Susu Kurma Goodday? | Assalamualaikum. ini sekadar pendapat peribadi Dilah ye. pada Dilah susu kurma brand Goodday ni tak kena dengan tekak Dilah.. rasa manis lebih.. Dilah suka sangat susu kurma Farm Fresh.. yang tu kalau boleh nak minum sebotol sorang.. haha




Kulit Baby Overdue Mengelupas Teruk?

$
0
0


Kulit Baby Overdue Mengelupas Teruk? | Assalamualaikum.. Korang tahu tak kulit baby yang lahir overdue akan mengalami pengelupasan yang agak teruk? Dilah pun baru tahu lepas melahirkan baby Faiz Mikail 3 bulan lepas.. sebab first time ada anak lahir overdue kan.. So kali ni Dilah nak share sikit mengenai keadaan kulit baby Faiz Mikail selepas beberapa dilahirkan.

Sejurus selepas Dilah melahirkan baby, nurse yang sambut kelahiran tu meletakkan baby di dada Dilah.. First time Nampak baby, hati Dilah terdetik.. keringnya kulit baby.. dekat badan dan muka baby memang Nampak kering kulitnya dan tak halus macam anak-anak sebelum ni yang lahir 39minggu.. Dilah pun bertanya pada nurse tu, memang kulit baby lahir overdue ni akan kering dan x lembut macam ni ke? Nurse cakap memang macam tu sebab baby dah matang dalam perut dan kulit pun sampai kering. Tapi tak lama katanya, nanti baby akan ‘bersalin kulit’.

Kulit muka yang kering..

Bila balik rumah 2ndday tu, bunda pun terkejut tengok kulit baby.. kesian baby kulit dia kering dan tak berapa halus. Nampak macam bersisik sikit.. tapi Dilah terlupa pulak nak amik gambar kulit baby tu dekat2.. hari ke 4, baby kena jaundis. Kena refer kat hospital sebab bacaan agak tinggi. Nanti kalau ada masa Dilah share cerita jaundis ni ya.. 


Baby warded tengah malam, dalam kul 11 mcm tu baru dapat masuk wad. So kena la baby duduk bawah lampu biru tu.. nurse ajar macamana nak letak baby bawah lampu tu. Kena buka semua baju Cuma pakai pampers jer. Tapi baby tak berapa nak baring bawah lampu,, baby menangis dan nak menyusu jer.. kebetulan pulak memang susu pun dah keluar dan start membengkak, so memang Dilah banyakkan menyusu jer la.. kejap sangat dapat duduk bawah lampu. Alhamdulillah.. walaupun kejap-kejap jer duduk bawah lampu tu, berkat kerap menyusu, baby dah boleh discharge keesokan pagi nya..

Kat tangan pun mengelupas.

Dilah mula perasan kulit baby mengelupas masa kat hospital malam tu.. ada orang cakap effect duduk bawah lamp utu memang kulit baby akan kering dan mengelupas.. memang betul sbb panas kan.. Tapi start hari tu memang kulit baby mengelupas teruk sangat.. bermula dari badan, then kaki, tangan last sekali kat muka..


Pengelupasan tu berlaku dalam tempoh beberapa hari, seminggu ada kot kalau tak silap.. Then secara berperingkat bermula di badan yang paling teruk nampak mengelupas dan diikuti kat kaki, tangan dan muka.. Kalau tengok nampak teruk kan tapi rasanya tak sakit pun sebab baby memang takde merengek langsung.. kulit asal tu mengelupas dan diganti dengan kulit baru yang lebih lembut dan halus.. baru la rasa macam kulit baby2.. hahaha..


Dilah takde sapu apa2 pun.. Cuma masa mandi tu Dilah gosok2 tempat mengelupas tu biar kulit tu jatuh.. kalau time tak mandi pun kadang2 Dilah kopek jugak sebab geram sangat tengok kulit tu.. tapi Dilah just kopek kulit yang betul2 dah mengelupas banyak la.. yang dah nak tertanggal tu..
Tengok la perbezaan kulit baru dan kulit lama..

Geram sangat tau tengok kulit mengelupas ni.. rasa nak kopek2 jer.. Kadang-kadang Dilah sapukan allano lepas mandi.. tu pun salah satu cara nak bagi kulit tu lembut.. anak adik Dilah beza 2 bulan dengan Faiz Mikail.. anak dia ada mild ezcema.. tiap2 hari sapu allano lotion ni lama-lama lembut  compared kalau sapu krim doktor bagi kasar je kulit dan merah-merah..

Perbezaan kulit jari baby..

Alhamdulillah.. setelah lebih seminggu, semua kulit asal masa lahir tu dah tanggal dan diganti dengan kulit yang lebih lembut dan halus… So kalau korang yang ada anak lahir overdue nanti jangan la risau kalau kulit baby tu kering dan tak halus ye.. nanti kulit tu akan ok selepas seminggu dua..



Al Fateh Printing - Mencetak Banner, Namecard, Bunting, Flyers yang Murah di Johor Bahru

$
0
0
Al Fateh Printing  - Mencetak Banner, Namecard, Bunting, Flyers yang Murah di Johor Bahru | Nak cari kedai untuk cetak banner, name card, bunting dan flyers yang berpatutan harganya di Johor Bahru? Program tinggal tiga hari lagi, tapi banner belum siap? Atau last minute sangat perlukan name card?




Jom ke Al Fateh Printing! Kalau tempah name card pagi, insya’Allah tengahari atau petang dah boleh siap! Hantar design banner hari ni, insya’Allah lusa dah boleh ambil. Kalau dah urgent sangat, cuba la nego-nego. Haha..



Kalau korang nak tahu, kami telah menggunakan khidmat dari Al-Fateh Prinitng untuk mencetak banner semasa program Eksplorasi JDT Blogger X BGRC yang lepas. Kami hanya tempah 3 hari sebelum event, sebelum event dah dapat banner ni.. memang cepat dan cantik.. kalau korang ada apa-apa event dan nak banner / name card dengan cepat, boleh la print di Al-Fateh printing ni.. memang puas hati..

Al Fateh Printing merupakan salah satu kedai percetakan yang sedang mengembangkan sayapnya dibandar Johor Bahru. Al Fateh mencetak pelbagai jenis bahan untuk dokumentasi, pengiklananmahupun pengkomersialan. Mempunyai dua buah cawangan, satu di Taman Universiti dan terbarudi Bandar Baru Uda, Al Fateh komited menyediakan perkhidmatan dan servis terbaik buat pelanggan.




Bagi meraikan pembukaan cawangan keduanya pada 18 Julai 2018 yang lalu, Al Fateh menawarkanpromosi khas kepada semua pelanggannya. Apa yang ditawarkan? Banner Bunting RM1/kaki - siap 2-3 hari sahaja, flyers murah cepat siap, name card siap 1 hari dan macam-macam lagi.Apa tunggu lagi? Jom tempah sekarang di Al Fateh Printing!

Al Fateh Printing
9 Jalan Pendidikan 8/2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor
41-GF, Jalan Padi Emas 1/8, Bandar Baru Uda, Trigon Uda Business Centre, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat 9 am – 10 pm
Sabtu – Ahad 9 am – 7 pm

Facebook:

Instagram:

Website:

Email:
alfatehorder@gmail.com

Sales Advisor di BANDAR BARU UDA
http://www.wasap.my/60167526582 (Kimi)
http://www.wasap.my/60177406435 (Zahirul)
Office – 07-244 1792

Sales Advisor di TAMAN UNIVERSITI
http://www.wasap.my/60103315079 (Cik Izah)
http://www.wasap.my/601155010694 (Cik Hanun)
http://www.wasap.my/601155010696 (Cik Nad)
http://www.wasap.my/601155037562 (Cik Aisyah)
http://www.wasap.my/60103315078 (Cik Ana)
Office – 07-5504942




Cabar Diri Lakukan Aktiviti Lasak di Active Academy, Bukit Gambang Resort City

$
0
0

Cabar Diri Lakukan Aktiviti Lasak di Active Academy, Bukit Gambang Resort City | Assalamualaikum.. hai korang.. Siapa yang ada follow Dilah di Instagram dan jugak friend dengan Dilah di facebook mesti tahu aktiviti Dilah minggu lepas.. Pada yang tak tahu, pada 8-10 Ogos yang lepas, Dilah dan team JDT Blogger telah pergi bercuti 3H2M ke Bukit Gambang Resort City, Kuantan.. Memang best sangat bila bercuti beramai-ramai ni tau..


Kalau sebut Bukit Gambang Resort City atau BGRC mesti orang ingat waterpark jer kan.. Ada juga yang dah tahu ada Safari Park di sini.. tapiiiiiiiiiii… masih ramai lagi yang tak tahu, di BGRC ni kita juga boleh lakukan pelbagai aktiviti luar (outdoor activity).. Active Academy merupakan pusat rekreasi outdoor dan teambuilding korporat di BGRC. Terdapat 18 jenis aktiviti luar yang boleh dilakukan di Active Academy ni seperti ATV Fun Ride, Flying Fox, Paintball Target Shooting, Paintball Warzone, Tressure Hunt, Skytrail dan banyak lagi. Di sini juga boleh memuatkan sehingga 500 orang dalam satu masa. So, mana-mana kumpulan atau syarikat yang ingin membuat teambuilding boleh la ambil pakej di Active Academy ini.


Semasa percutian kami di BGRC ni, kami berpeluang melakukan beberapa aktiviti seperti menaiki ATV, memanah, paintball target shooting, flying fox dan menunggang kuda (bagi anak-anak). Masa mula-mula tengok itinerary, Dilah agak teruja tengok aktiviti yang akan kami lakukan nanti lagi-lagi menaiki ATV dan flying fox. 2 aktiviti ni merupakan aktiviti yang dah lama Dilah teringin nak cuba tapi dalam masa yang sama cuak jugak entah berani ke tidak kan nak buat flying fox tu.. Jom ikuti pengalaman Dilah melakukan outdoor activity di Active Academy ini.

ATV Fun Ride


Pengalaman pertama buat Dilah memang mengujakan. Semasa menaiki ATV ni, kita akan diuji cara mengendalikan ATV di jalan yang tidak rata, sedikit bukit dan jalan berlopak. Memang thrill sangat la.. Mula-mula tu risau jugak, takut susah jer nak bawa ATV ni.. tapi rupanya senang jer, macam bawak kereta auto jer, tekan button untuk start enjin dan press tempat pegang tu untuk minyak.. Then bawak la ATV tu, pandai-pandai la nak kawal stering tu. 


1st lap tu masa untuk sesuaikan diri, belajar macamana nak kawal ATV. Kadang-kadang enjin mati bila berhenti lama. 2nd lap dah mula serasi, bawa pun dah laju, dah pandai handle stering di selekoh dan laluan berbukit dan berlopak. Last lap, rasa nak press jer minyak tu laju-laju sebab dah serasi dan semakin expert!! Hahha.. tapi sedih sebab dah nak habis main.. kalau dapat bawak lagi lama best syok!!! Dua perkataan yang Dilah boleh gambarkan setelah menaiki ATV ni iaitu BEST SANGAT!!

Paintball Target Shooting


Pada mulanya Dilah ingatkan kitorang akan main Paintball yang lawan tembak-menembak antara 2 group tu.. tapi rupanya tidak. Baru Dilah tahu ada 2 jenis paintball – Target Shooting dengan paintaball warzone (ni yang berlawan tu la).  So untuk kitorang yang kebanyakannya 1sttimer ni, paintball target shooting lebih sesuai untuk kitorang. 


Trainer akan masukkan siap-siap bullet/peluru ke dalam tempat isi peluru tu. Then kita perlu pakai topi untuk cover muka sekali. Kemudian baru la mula kan tembakan. Mata perlu fokus betul-betul pada target dan kemudian tembak. Pada Dilah agak payah sikit nak tengok dan fokus pada target tu.. Mungkin kalau main yang tembak orang tu senang sikit kot.. Sebab orang besar kan.. hahha..  Apa-apa pun tetap enjoy main paintball ni. 

Archery

Dalam banyak-banyak aktiviti yang kami lakukan di Active Academy ni, hanya memanah ni sahaja yang Dilah pernah main sebelum ini. Walaupun bukan pertama kali cuba, tapi tetap excited untuk main lagi sebab nak perbaiki rekod yang sebelum ni.. Alhamdulillah, target nak dapat ’10 mata’ (kuning) dah berjaya.. dapat 2x pulak tu.. yang lain-lain pun ok la not bad, xde yang keluar dari sasaran.. 


Tapi nak dapatkan kuning tu bukan main gigih lagi tau.. Beriya sangat fokus sampai tangan pun menggigil-gigil Tarik anak panah tu.. haha.. nasib baik la dapat jugak kuning tu kan.. kalau tak buat malu jer beriya tapi tersasar kan.. hahaha..  tengok muka Ayah Wan masa tarik arrow tu rileks jer.. kita ni tarik macam nak ‘terberak’ gayanya.. hahha…

Flying Fox

Gambar cantik dari Azwa Photography

Bila tengok dalam program itinerary tu ada flying fox, Dilah rasa excited sebab dah lama teringin nak buat flying fox ni tapi dalam masa yang sama cuak jugak.. terbayang sangkut kat tali dari ketinggian yang agak tinggi.. Mampu ke nak buat aktiviti tu? Berani ke tidak ni? Macam bermimpi pulak dapat buat aktiviti lasak macam ni tau.. Orang tengok kita yang ala-ala ladies ni tapi dalam jiwa Dilah ni sebenarnya memang sukakan aktiviti lasak tau.. Cuma tiada peluang jer nak buat aktiviti macam ni sebelum ni.. So bila dah diberi peluang ni apa lagi?? Jom kita cabar keberanian diri buat flying fox pula.


Sebelum nak buat aktiviti merbahaya ni, mesti la ada penerangan dari trainer mengenai keselamatan dan cara-cara nak lakukan aktiviti ni kan.. Jika ada sakit jantung ke semput ke memang tak boleh lakukan aktiviti ni.. Then pakai tali keselamatan dan topi keledar keselamatan dulu. Lepas tu baru la ke destinasi untuk lakukan terjunan. Kami perlu mendaki bukit sedikit dalam 2 minit dan kemudian menaiki tangga ke platform terjunan setinggi 143m.



Tiba masa yang dinanti-nantikan, debaran dupdapdupdap menunggu giliran. Tengok peserta yang awal-awal tu macam rileks jer.. lelaki kan, tak macho la kalau menggigil jugak kan.. haha.. tiba giliran Dilah, Dilah minta trainer tu yang tolak badan Dilah ke bawah.. beberapa saat terawal tu Dilah macam wowww, terkedu, terdiam tanpa suara bila dah rasa macam di awangan.. haha.. tapi macam kurang feel pulak bila takde sound effect kan.. Secara automatic terus Dilah menjerit… wowwwww lagi best dan enjoy sangatttttttttt… Serius!! Dilah rasa best sangat bila berada kat atas tu.. rasa menyesal pulak tak berani nak cuba aktiviti lasak ni dari dulu. haha


Horse Riding For Kids



Bagi mereka yang bawa anak kecil ke Active Academy ni, jangan risau ya, ada jugak aktiviti untuk anak-anak kecil ni.. Selain dari Sky Trail, anak-anak juga boleh merasai pengalaman menaiki kuda. Abang Faris tu berani jer nak naik kuda ni.. berbanding kakak Diyana dan Fattah Anas ni agak penakut sikit. Jadi selain dari pembantu yang tolong bawa kuda tu, Ayah Wan pun ikut sekali tepi kuda tu. Baru la diorang tak takut.. Dah habis tu bukan main seronok lagi cakap dapat naik kuda.. mula-mula tu bukan main takut lagi.. haha..



Kalau korang ke BGRC ni jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti outdoor ini.. Terdapat pakej tertentu untuk aktiviti-aktiviti ini.. Macam aktiviti yang Dilah lakukan ni, pakej ini hanya RM38 sahaja untuk 4 aktiviti seperti ATV Fun Ride, Paintball Target Shooting, Archery dan juga flying fox. Murah kan.. Selain pakej individu, terdapat juga pakej secara berkumpulan. So kalau korang buat family day di sini boleh la dapatkan pakej berkumpulan. Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan info dari media social Active Academy seperti di bawah ini..

Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Tel: +609-5488000/8111/8112/8113
Fax: +609-5486666
Email: enquiry@bgrc.com.my

Facebook:
BGRC

Active Academy

Instagram:

Website:
http://www.bgrc.com.my 

# Credit picture to Blogger Kak Seri dan Sis Lin. 

Jangan lupa baca entry berkaitan Bukit Gambang Resort City; 

Ketahui 10 Keunikan Taman Tema Air, Bukit Gambang Resort City

$
0
0


Ketahui 10 Keunikan Taman Tema Air Bukit Gambang Resort City | Assalamualaikum.. Bukit Gambang Resort City memang sudah terkenal dengan taman tema airnya. Bila sebut ‘waterpark’ ni mesti la terbayang taman tema air yang mempunyai pelbagai permainan air seperti kolam untuk budak-budak, pantai buatan, sungai buatan dan juga pelbagai jenis slide yang mencabar.

Dilah dan Baby Faiz Mikail

Jika sebelum ini Dilah dah share pengalaman Dilah melakukan cabaran aktiviti lasak di Active Academy (klik untuk pautan entry) kali ini Dilah nak share pengalaman di waterpark BGRC pulak. Tiket waterpark boleh di beli secara online atau pun di kaunter utama sebelum masuk ke kawasan waterpark. Nanti Dilah kongsikan sekali harga tiket di penghujung entri ni ya..


Jom ikuti pengalaman Dilah sekeluarga bersama team JDT Blogger di sini. Dilah kongsikan 10 keunikan waterpark BGRC berbanding waterpark di tempat lain.

10 KEUNIKAN TAMAN TEMA AIR, BGRC

1. Cashless System

Waterpark BGRC ni mengamalkan cashless system atau pembelian tanpa tunai bagi memudahkan urusan pengunjung semasa berada di dalam kawasan waterpark. Korang perlu top up duit di Top Up Counter atau  e-Value counter dengan nilai tertentu contohnya RM50. Kalau nak top up RM10 je pun boleh. Selepas bayar, cashier tu akan scan barcode pada wristband kita dan amaun tu akan masuk dalam wristband tu. Kalau nak top up pada wristband  anak-anak pun boleh, so tak perlu la anak-anak bawak duit untuk membeli makanan atau minuman.. Cashier hanya perlu scan wristband tu untuk pembayaran. itu la maksudnya cashless system.

e-Value Counter

Jika ada baki atau tak digunakan langsung, duit baki tu kita boleh tuntut semula di kaunter 6 di tempat area beli tiket. Dilah suka system ni sebab kita tak perlu pikir nak bawa dan keluarkan duit bila nak beli apa-apa.. boleh juga elakkan berlakunya kecurian atau beg duit tercicir.

2. Cabana

Cabana di kawasan Peguin Island

Cabana di kawasan Coco Beach Wave and Lagoon - sumber gambar google

Kalau datang bersama keluarga tu, jangan lupa sewa cabana. Boleh la letak barang dan lepak-lepak di cabana sementara menunggu dan melayan anak-anak yang sedang mandi-manda kan.. Jangan risau, banyak cabana disediakan di waterpark ini.. harga cabana ini berbeza bagi setiap tempat. Selain cabana, korang juga boleh menyewa tube (pelampung), locker, towel, children life vest dan beach volleyball.

Senarai harga sewa Cabana dan lain-lain lagi

3. Peguin Island – Kolam mandi kanak-kanak dan dewasa

Peguin Island ni merupakan kawasan kolam mandi kanak-kanak dan orang dewasa . Terdapat 3 jenis kolam mandi untuk kanak-kanak iaitu Aqua Play, Kids Slide dan Kids Splash Pool. Aqua Play menempatkan kawasan kolam yang mempunyai ‘playground’ yang besar manakala Kids Splash Pool pula mempunyai playground bersaiz lebih kecil sesuai untuk kanak-kanak 7 tahun ke bawah.

Aqua Play
Kids Slide

Di Kids Slide pula, anak-anak boleh mencuba bermain slide yang lebih kecil. Jangan risau, ianya selamat untuk kanak-kanak. Ada abang ‘safety guard’ yang sentiasa memerhatikan dan menjaga keselematan anak-anak kecil ni.. tapi sebagai ibu bapa, kita pun perlu jugak tengok-tengok kan anak-anak kita kan..
Kids Splash Pool

Dengan kepelbagaian jenis mainan dan slide di kolam kanak-kanak ini, anak-anak ada lebih banyak pilihan dan mereka tidak akan bosan. Ada sahaja aksi yang mencuit hati. Sekejap nak mandi dekat pool, sekejap lagi berlari ke tempat slide pulak untuk main slide.. Kejap lagi ke pool semula.. macam takut sangat tak sempat nak main air puas-puas.. haha.. Seronok betul mereka hari tu.. Sampai tak nak naik bila diajak balik tau.. haha..

4. Journey of Ice-Glacier River – Sungai Buatan

Kalau korang nak bersantai-santai dalam air, korang boleh cuba mandi di sungai buatan ni.. Memang santai-santai duduk atas pelampung besar tu menyusuri sungai buatan ni.. Ada kawasan yang airnya agak dalam jugak, ada la dalam paras bahu Dilah ni..
Journey of Ice Glacier River

Tapi sekali sekala bila datang tsunami tu melambung-lambung juga rasanya bila kena ombak tsunami tu.. Dilah yang tak sempat duduk atas pelampung tu terkapai-kapai jer.. air sungai tu ngam-ngam paras leher Dilah.. haha.. Tapi korang jangan risau, siren akan dibunyikan sebelum ombak tsunami tu terjadi. So korang cepat-cepat la naik atas pelampung tu dulu sebelum ombak sampai.. hahaha..

5. Six Lane Racer

6 Lane Racer

Bagi korang yang sukakan cabaran, boleh try main slide di 6 Lane Racer. Slide ini merupakan slide lane yang terpanjang sekali, mempunyai 6 lane yang sangat tinggi. Cara nak main slide ni kita kena meniarap atas matt yang disediakan.. Kemudian baru la turun meluncur di atas slide tu.. 

Gambar google

Kalau korang tak cukup berani jangan la cuba main slide ni tau.. rasa nak tercabut jantung masa turun tu tau.. haha..  time landai tu ok lagi. Tapi bila sampai kat area cerun tu, memang mengucap banyak kali.. dengan kelajuan yang sangat pantas dan cerunan yang tinggi tu membuatkan korang rasa nak mintak nyawa banyak kali.. haha.. Tobat la sekali tu jer Dilah naik, rasa slide ni lagi gerun dari buat flying fox tau.. kahkahkah.. Over betul Dilah ni kan…

6. Crystal Slide and Galaxy Slide


Gambar google
Berbeza dengan 6 Lane Racer, Crystal Slide dan Galaxy Side ni kurang sikit rasa takutnya. Crystal slide ni kita perlu mengunakan pelampung besar tu. So Dilah naik berdua dengan Ayah Wan. Memang best sangat. Cuma penat jer la nak mendaki naik tangga yang tinggi tu.. haha.. 

7. Family Raft Ride

Family Raft Slide - sumber gambar website BGRC

Kalau korang datang secara berkumpulan yang ramai, boleh la cuba naik family raft ride ni. Pelampung khas digunakan untuk Raft Ride ini, tak boleh guna pelampung biasa tu. Kalau tak silap maksimum boleh naik 6 orang dan minimum 2 orang. Kalau sorang nanti pelampung tu susah nak bergerak sebab ringan sangat. Lagipun dah nama pun family kan, mesti la naik beramai-ramai kan.. haha.. Family Raft Ride ni pun korang mesti cuba tau.. syok bila naik ramai-ramai tau… Dilah naik berdua jer dengan Ayah Wan aritu.

8. Coco Beach Wave Pool and Lagoon

Coco Beach Wave Pool and Lagoon

Kalau dah boring mandi di kolam budak-budak, boleh la try mandi di Coco Beach Wave Pool  and Lagoon pula.. Pantai buatan ni merupakan pantai buatan yang mempunyai gelombang ombak terbesar yang mampu menghasilkan 8 mod pola gelombang. So korang kena rasai sendiri keseronokan mandi pantai buatan ini tau.

9. Pizza Time


Pizza Time

Bila dah main air mesti cepat lapar kan.. So boleh la order pizza dari Pizza Time. Korang kena rasa kesedapan pizza yang disediakan di sini.. Memang sedap lagi-lagi tengah lapar kan, laju jer makan.

                                             Atas kiri - Pizza Spicy Seefood.   Bawah kiri - Pizza Pepperoni Beef.  Kanan - Ayah Wan menikmati keenakan Pizza Spicy Seafood

Ada pelbagai pilihan pizza seperti Magherita Supreme, Pepperoni Beef, Spicy Seafood, Chicken Satay King, Fruit Republic dan Village Delight.

10. Non-smoking Area

Smoking Zone

Waterpark BGRC ini merupakan kawasan larangan merokok. Oleh itu, kawasan ini bersih dari sampah putung rokok. Memang rasa selesa bila tiada asap rokok di keliling kita. So, kalau ada pengunjung yang nak merokok boleh pergi ke ruang merokok yang disediakan..

Savanna Coffee, Peguin Express, Surau dan Tandas

Ini la 10 keunikan dan kelainan Taman Tema Air di BGRC berbanding taman tema air yang lain. Waterpark ini juga pernah mendapat anugerah Best Large Waterpark pada tahun 2011 oleh MAATFA (Malaysian Association of Amusement Theme Park and Family Attractions). Waterpark ini juga menyediakan surau, tandas dan tempat mandi yang banyak, tempat makan seperti Savannah Coffee dan Peguin Express. Jika korang memerlukan ruang untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan, korang boleh menyewa garden terrace dan telematch pool.

Anak-anak happy dapat mandi-manda di waterpark.

Alhamdulillah.. anak-anak seronok dapat bermain air di waterpark ini.. Budak-budak dengan air kolam kan bagai aur dengan tebing.. hahaha... pantang jumpa air, memang susah nak disuruh berhenti main air tu. Tapi Dilah dah bagitau mereka, ada sesuatu yang lebih menarik untuk mereka keesokan harinya.. Nak tahu apa dia? Tunggu perkongsian Dilah seterusnya nanti ya..

Harga Tiket 

Berikut adalah harga tiket waterpark dan juga kombo waterpark dan Safari Park.

TICKET PRICES
Adult: RM 33.00
13 years and above
Child / Senior Citizen / OKU: RM 23.00
Child above 90cm until 12 years old / Sr. Citizen 60 years above
Child below 90cm entrance is FREE.
Combo Tickets ( Safari Park + Water Park )
Adult: RM 88.00
Child / Senior Citizen / OKU: RM 58.00


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai waterpark di Bukit Gambang Resort City ini, korang boleh rujuk website dan media social Waterpark BGRC di bawah ini ya.
Facebook
Instagram
Alamat
Bukit Gambang Resort City,
26300 Gambang, 
Kuantan Pahang Darul Makmur,
Malaysia
No. Telefon
+09-548 8000 ext. 8400 
Fax : +609-548 6288
Email
bg_waterpark@bgcr.com.my
Hotline
016-9884768


Bukit Gambang Resort City - Water Park
Operation Hours: Monday, Wednesday & Thursday 11.00 am - 6.00 pm
Friday, Saturday, Sunday, Malaysia Public & School Holidays 9.30 am - 6.30 pm
Close on Tuesday except Malaysia Public & School Holidays

 
Jangan lupa baca entry berkaitan Bukit Gambang Resort City; 
Cabar Diri Lakukan Aktiviti Lasak di Active Academy, Bukit Gambang Resort City

Kredit gambar dari : Sis Lin, Mar Mansor, Kak Seri

Segmen Bloglist Blog Nieyl

$
0
0

Segmen Bloglist Blog Nieyl | Assalamualaikum.. hari ni Dilah nak join segmen dari Blogger Nieyl. dah lama rasanya tak join segmen-segmen ni.. so mari lah kita support kawan-kawan blogger yang lain..

http://seindahcerita.blogspot.com/2018/08/segmen-bloglist-blog-nieyl.html?m=1
Klik banner untuk join.

Terokai Dunia Haiwan di Bukit Gambang Safari Park

$
0
0


Terokai Dunia Haiwan di Bukit Gambang Safari Park | Assalamualaikum.. Jom Dilah sambung cerita percutian ke Bukit Gambang Resort City lagi.. Kali ni Dilah nak share mengenai pengembaraan JDT Blogger ke Taman Safari pula. Kalau korang nak tahu, selain waterpark, Bukit Gambang Resort City juga terkenal dengan Safari Park yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 138 ekar hutan sekunder. Ia terbahagi kepada 2 zon iaitu zon berjalan kaki dan zon Tram Wild Savannah. Selain Tram, korang jugak boleh merasai pengalaman menaiki ATV Ride Savannah.


6 Keunikan Bukit Gambang Safari Park

Bukit Gambang Safari Park ini mempunyai beberapa jenis haiwan yang sangat jarang dijumpai di Malaysia. Antaranya :
  • The only Cheetahs in Malaysia
  • White lion, White kangaroo, White owl
  • 4 out of 6 Camel species in the world
  • 4 out of 8 Bear species in the world
  • Golden Headed Lion Tamarin, 1 out of 19 primate species in BGSP
  • Close encounter with Hyenas & others predators such as lions, tigers & cheetahs
Jom ikuti pengembaraan JDT Blogger ke Taman Safari Park. Kami ke Bukit Gambang Safari Park ni pada hari kedua. Pada sebelah pagi, kami ada aktiviti di Active Academy. Selepas selesai, balik bilik penginapan, rehat  kemudian lunch di Arabian Coffee. Pukul 2 petang semua berkumpul di lobi untuk aktiviti seterusnya ke Safari Park pula dengan menaiki TRAM. Yeayyyy.. anak-anak dah tak sabar lagi nak tengok binatang liar Savannah dan Africa dengan lebih dekat lagi.….

Park Map Safari Park

 

TRAM sebagai pengangkutan utama ke Safari Park

Memandangkan kami dah ready dengan memakai wristband Safari Park, kami menaiki TRAM di lobby resort dan terus dibawa ke kawasan Taman Safari yang terletak bersebelahan dengan waterpark. Kalau belum beli tiket lagi, korang perlu membeli tiket di kaunter tiket  Safari Park yang terdapat di tempat yang sama dengan tempat membeli tiket waterpark. Kemudian berjalan kaki menuju ke bangunan utama Safari Park. 

Tour Guide kami - Encik Tajudin. Cantik-cantik TRAM di sini bertemakan Safari..

Sepanjang pengembaraan ini, seorang tour guide (Encik Tajudin) akan mengiringi kami dan akan memberi banyak penerangan mengenai haiwan-haiwan di Safari ini. So memang banyak info baru yang kami perolehi sepanjang pengembaraan ini..Tram ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan sudah tentu semua tingkap tertutup rapat. Jadi korang tak perlu risau kalau harimau datang dekat nak say hi-hi haha.. 

ATV Safari Ride at Wild Savannah

Lokasi permulaan ATV

Penerangan kepada peserta-peserta yang akan menaiki ATV di Wild Savannah

Tempat persinggahan pertama kami adalah di Eagle Station. En Nasir memilih beberapa orang peserta untuk menaiki ATV di Wild Savannah. Kebanyakkannya lelaki dan hanya seorang sahaja blogger perempuan iaitu Ain yang join naik ATV. Blogger perempuan yang lain ni emak-emak kan so kena la jaga anak-anak.. Sayang sekali masa ni Dilah ada baby kan, so tak dapat la merasai pengalaman menaiki ATV di wild Savannah.. So Ayah Wan dan abg Faris turut serta dengan group yang naik ATV ni. Mereka diturunkan di Eagle Station ini untuk ke tempat ATV Safari Ride.

Melihat haiwan dengan lebih dekat lagi.

Apa yang bestnya dapat naik ATV di Wild Savannah ni? Mesti la best sebab mereka dapat melihat haiwan dengan lebih dekat lagi. Kalau nak pegang haiwan tu pun boleh tau.. Jalan yang dilalui ATV sama sahaja dengan laluan Tram kami. Cuma ATV ni tidak akan masuk di kawasan haiwan pemangsa seperti harimau, singa, hyena dan lain-lain lagi. Kalau mereka masuk jugak alamat ATV sahaja yang keluar nanti, orangnya entah ke mana.. haha.. Mereka diberi masa lebih kurang 45minit untuk lawatan ke Wild Savannah tersebut.

Melihat haiwan liar secara dekat dari dalam Tram



Dalam masa yang sama Tram kami juga memasuki kawasan Wild Savannah. Kami juga dapat melihat haiwan-haiwan liar dengan lebih dekat lagi seperti badak air, buaya tembaga, harimau, singa, dubuk (hyena) dan banyak lagi. Untuk masuk ke kawasan haiwan pemangsa yang berpagar ini, tram perlu melalui laluan yang agak sempit (muat-muat saiz tram sahaja). Ada 2 pintu pagar perlu dilalui. Setelah pintu pagar pertama dibuka, tram akan bergerak masuk dan tunggu pintu tersebut ditutup semula. Setelah pintu tersebut ditutup baru lah pintu pagar kedua pula dibuka dan tram terus masuk ke kawasan haiwan liar. Prosedur ini perlu dilakukan demi keselamatan dan juga bagi mengelakkan haiwan liar tersebut terlepas ke luar.


Bagi kawasan haiwan yang lain (selain haiwan pemangsa), haiwan ini dibiarkan bebas bergerak. Terdapat beberapa haiwan yang jarang kita tengok sebelum ini terdapat di Safari Park ini seperti lembu pink. 1st time Dilah tengok tau.. dah macam B*bi pulak tengok warrnanya tu.. hahha.. Paling menarik di sini melihat aksi burung unta (ostrich). Burung unta ni sangat jinak tau. Apabila tram berhenti berdekatan dengan burung unta ini, burung ni datang dekat dan mematuk-matuk pintu tram.. Comel jer tau.. bila tram bergerak meninggalkan kawasan tu, burung unta tu macam terkebil-kebil ditinggalkan.. hahha.. lawak pulak tengok keadaan dia masa tu..

Predator Instint Show

Setelah habis lawatan ke Wild Savannah, tram kami menuju semula ke Eagle Station. Kami diturunkan di sini untuk memasuki ke kawasan zon berjalan kaki pula. Destinasi pertama kami di sini adalah di Land of Predator untuk melihat pertunjukan Predator Instinct. Untuk ke Land of Predator, kami akan berjalan kaki melalui kawasan ATV Safari Ride, Horse/Camel and Poney ride.


Gambar atas : Pentas pertunjukan tertutup dan berkaca. Bawah kiri - Dubuk (hyena). Bawah kanan - harimau.





Di pertunjukkan ini, kita akan ditunjukkan habitat sebenar haiwan-haiwan pemangsa seperti singa, harimau, dubuk (hyena). Haiwan ini akan dilepaskan di Predator Arena (pentas pertunjukan) tanpa sebarang instructor di dalam pentas itu. Kemudian haiwan pemangsa akan mula mencari makan dan memakan makanan tersebut.(ayam akan diletakkan di kawasan tertentu). Jika ayam tu berada di kawasan yang berair, haiwan tersebut akan berenang untuk mendapatkan makanannya.. Ada juga aksi harimau membuang air kecil dan membuang najis. Tak pernah tengok haiwan macam ni berak, kali ni dapat tengok pulak.. haha.. lawak pulak rasanya..

Wonderful Bird Show

kawasan beruang

Next, kami bergerak ke destinasi seterusnya ke Forest Arena di Forest Land untuk melihat Wonderful Bird Show. Untuk ke kawasan ini, kami akan melalui kawasan habitat beruang. Kawasan ini agak besar dan terdapat banyak beruang di kawasan ini.

Wonderful Bird Show @ 4.45pm
Forest Arena (pentas pertunjukan) yang sangat besar dan cantik

 Pertunjukan Wonderful Bird ini diadakan pada pukul 4.45pm. Antara burung yang membuat pertunjukan adalah burung kakak tua, burung nuri, burung helang, itik, bangau. Jika biasanya kita melihat burung kakak tua bercakap, tapi kali ini burung kakak tua mengeja dan mengira pulak.. Bijak betul burung ni kan.. Padahal nombor untuk operasi tambah tu penonton yang bagi, tapi dia still boleh kira jugak..

Berpeluang berinteraksi dengan burung nuri dan burung helang.
 Selain pertunjukan di atas pentas, ada jugak pertunjukan burung yang memerlukan interaksi dengan penonton. Burung Nuri ingin meminta bantuan dan derma bagi mengisi tabung burung mereka. Jadi penonton yang ingin menderma boleh memberikan duit sendiri pada burung tersebut. Namun begitu, burung ini hanya nak duit RM5 dan RM10 sahaja kerana ia hanya boleh kenal 2 warna ni sahaja.. Note warna lain burung taknak hatta korang bagi RM100 pun dia tak akan ambik.. hahaha.. Kitorang bagi peluang kat abg Faris duit untuk derma pada burung. Abg Faris sporting jer dan tak takut.

Setelah penat berjalan, kami nak break sebentar sebelum melihat pertunjukan seterusnya iaitu Multi Animal Show. Malangnya ada sedikit masalah, kami terus ke Simba Hall untuk tea break dan terlepas pertunjukan Multi Animal Show..

Makan Malam di Simba Hall

Dinner with White Lion - gambar google

Sepasang singa putih menemani kami makan malam di Simba Hall
Kami minum petang dan berehat di Simba Hall. Di kawasan Simba Hall ni juga ada surau dan tandas. Kalau korang nak tahu, kami menikmati minum petang dan makan malam ditemani oleh sepasang singa putih tau.. Kami hanya dipisahkan dengan dinding kaca sahaja. Malangnya masa mula-mula sampai tu, singa putih tu sedang tidur.. setelah selesai kami makan malam baru la singa putih tu bangun.. Kami diberitahu yang singa putih ni tidur 18jam sehari.. mak aiii.. lama sungguh dia tidur kan.. hanya 6jam sahaja dia berjaga..


Pelbagai menu masakan barat untuk makan malam kami..

Makan malam kami kali ni bertemakan makanan barat (western food). Pelbagai menu menarik seperti grilled lamb, fish au gratin, chicken pasta, roasted chicken, vegetable ratatouue dan juga spagetti cabonara. Tergeliat nak sebut western  food ni tau.. haha.. selain makanan berat, dessert pun ada jugak..

Night Jungle

Selesai makan malam, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Night Jungle. Terdapat pelbagai haiwan hutan dipamerkan di dalam sangkar berkaca dan juga sangkar terbuka seperti tapir, khinzir Africa, pelbagai jenis kuning, rakun dan banyak lagi.. Paling tak boleh lupa bila tengok khinzir africa tu, jauh beza dengan khinzir pink dan juga khinzir hutan yang berwarna hitam dan gemuk tu. Khinzir Africa ni pula saiz badannya lebih kecil tetapi padat dan mempunyai tanduk.


Night Jungle

Hari semakin gelap dan kami menuju ke destinasi seterusnya ke area Animal Feeding dan juga menanti pertunjukan seterusnya.

Animal Feeding

Credit Picture to Juju : Wallaby

Terdapat pelbagai jenis haiwan peliharaan yang jinak dipamerkan di kawasan terbuka di sini seperti ayam, kambing, arnab, kanggaru putih dan beberapa jenis haiwan ternakan lagi. Tapi yang paling menarik perhatian kami sudah tentu kanggaru putih atau dipanggil Wallaby kerana ia tidak terdapat di Malaysia kan.. Bertuah  la kami dapat melihat Wallaby secara dekat. Tapi sayang wallaby ni tak nak dekat-dekat sangat dengan orang.. kalau tak dah boleh pegang kan.. Kami mempuanyai masa sekejap sahaja di Animal Feeding area ni sementara menunggu bermulanya African Yabara Show.

African Yabara Show

African Yabara Show at Village Courtyard.

Tepat jam 7.45 malam, pertunjukan African Yabara bermula. Pertunjukan api ini memang sangat dinanti-nantikan. Sesuai dengan keadaan yang gelap, hanya nampak api sahaja.. Kami duduk betul-betul depan stage tu.. Anak-anak teruja bila 'abang api' membuat persembahan makan api.. haha.. memang hebat diorang ni sampai boleh makan api kan.. tak panas ke badan tu bermain dengan api ye?? hehe

Tarsan Adventure Show


Village arena yang besar dan cantik..

Pertunjukan terakhir di Safari Park ini adalah Tarsan Adventure Show. Ini juga pertunjukan yang dinanti-nantikan.. Seperti pentas pertunjukan yang lain di Safari Park ini, pentas pertunjukan tarsan (Village Arena) ini juga sangat menarik dan cantik. Luas dan besar juga..


Tarsan Adventure Show ini mengisahkan seorang tarsan yang menyelamatkan rakan baiknya gorila dari diburu oleh pemburu. Pelbagai aksi menarik dan kelakar dilakonkan oleh tarsan dan rakan-rakannya. Oh ya, sebelum pertunjukan ini bermula, ada pesanan untuk semua penonton. Sepanjang pertunjukan ini akan ada bunyi bom dan bunyi bising yang lain.. Alhamdulillah, baby Faiz Mikail tak terkejut pun.. sedap jer dia tido dalam gendongan Dilah.. hehe..

Credit picture to Sis LIn

Setelah tamat pertunjukan Tarsan ini.. kami bergambar beramai-ramai dengan tarsan dan rakan-rakannya.. Kemudian kami pun beredar ke area Simba Hall untuk pulang. Tempat untuk menuggu tram berada di bawah bangunan Simba Hall. Di situ juga terdapat kedai cenderahati. Tamat la sudah pengembaraan kami ke Bukit Gambang Safari Park. Walaupun penat sangat kerana banyak berjalan sepanjang hari tapi kami enjoy sangat.. Anak-anak lagi la happy. Bukit Gambang Safari Park ini memang sesuai sangat dijadikan percutian sekeluarga.

Jadual Waktu Pertunjukan di Safari Park

Sumber : Website BGRC

Harga Tiket

Tiket Safari Park boleh dibeli secara online atau beli di kaunter Safari Park di tempat yang sama beli tiket waterpark. Kalau nak jimat korang beli tiket kombo waterpark dan safari park sekali, memang jimat sangat.

HARGA TIKET


Adult: RM 63.00
13 years and above
Child / Senior Citizen / OKU: RM 43.00
Child above 90cm until 12 years old / Sr. Citizen 60 years above
Child below 90cm entrance is FREE.


Combo Tickets ( Safari Park + Water Park )Adult: RM 88.00Child / Senior Citizen / OKU: RM 58.00

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bukit Gambang Safari Park ini, korang boleh rujuk website dan media social BGRC di bawah ini ya.
Facebook
Instagram
Alamat
Bukit Gambang Resort City,
26300 Gambang, 
Kuantan Pahang Darul Makmur,
Malaysia

No. Telefon
+09-548 8000 ext. 8400 
Fax : +609-548 6288

Email
bg_safaripark@bgcr.com.my

Hotline
016-9884768


Bukit Gambang Resort City - Safari Park
Operation Hours: Monday, Wednesday & Thursday 12.00 pm - 9.00 pm
Friday, Saturday, Sunday, Malaysia Public & School Holidays 10.00 am - 9.00 pm
Close on Monday except Malaysia Public & School Holidays

Kredit gambar kepada Sis Lin, Mar Mansor, Kak Seri, Juju











Percutian 3H2M di Arabian Bay Resort, Bukit Gambang Resort City

$
0
0

Percutian 3H2M di Arabian Bay Resort, Bukit Gambang Resort City | Assalamualaikum.. Beberapa hari lepas Dilah dah kongsikan pengalaman indah Dilah sekeluarga dan team JDT Blogger bercuti 3H2M di Bukit Gambang Resort City. Aktiviti kami sangat padat sepanjang berada di sana.  Oleh itu, kami memilih untuk menginap di Arabian Bay Resort di dalam BGRC ni juga bagi memudahkan semua perjalanan dan urusan kami.



Credit picture to Sis Lin

Kalau korang nak tahu, Bukit Gambang Resort City mempunyai 3 jenis tempat penginapan iaitu Arabian Bay Resort, Carribean Bay Resort dan Everia Villa. Arabian Bay Resort ni berada di sebelah kiri selepas pintu masuk Bukit Gambang Resort City. Kira masuk-masuk je terus nampak resort ni di sebelah kiri.


 
Kitorg sampai pukul 11.30 pagi.. Check in pukul 12tghari. Sepatutnya kul 3 ptg baru boleh check in. Tapi disebabkan kami ada event, dapat la check in awal sikit. Sementara tu tunggu la di lobi hotel sekejap. Lobi hotel ni besar kawasannya. Then kaunter pun banyak.. Tempat duduk pun banyak dan selesa.. Kedai serbaneka pun ada juga di ruang lobi ini.


Ruang menunggu

Kedai serbaneka - ada jual survenir, baju t-shirt, baju mandi dan lain-lain lagi.

Kalau korang nak tau, Arabian Bay Resort ni mempunyai empat jenis bilik iaitu 2-Bedroom Suites, Studio Suites, Arabian Suites dan Penthouse Suites. Bilik kami jenis 2-Bedroom Suites berada di blok 2 di tingkat 1. Boleh naik lif atau naik tangga je sebab tingkat 1 je kan.. Jom tengok bilik pulak....

Dalam lift dah siap tulis no bilik di tingkat berapa.. bagus kan.. takde la risau tak tahu bilik di tingkat berapa..

Hall

Dining area. meja makan dan pantry. Ada peti sejuk mini sekali.

Nescafe and tea.
 
Bilik 1

Bilik 2

Setiap bilik mempunyai 2 katil super single, bilik air, almari, meja solek, TV kecik dan peti besi. Memang selesa sangat la untuk kitorang satu family yang ada 4 orang anak ni.. katil pun besar, takde la gaduh-gaduh nak tido sempit kan.. haha..

Credit picture to Sunah - Arabian Coffee House

Pakej yang kitorang ambil ni termasuk sekali dengan sarapan pagi. Sarapan ini secara buffet terletak di Arabian Coffee House bersebelahan dengan lobi utama. Arabian Coffe House ini berkonsepkan ruang terbuka. Tetapi jika korang mahu makan secara private boleh makan di Oasis Oriental Restoren yang bersebelahan sahaja dengan Arabian Coffee House ini. Oh ya, menu sarapan sangat banyak dan makan sentiasa di top up..

Bilik kami berdekatan sahaja dengan kolam. Dari parking naik tangga terus jumpa kolam ni dulu sebelum jumpa lif dan tangga. Nasib baik la memang nak mandi di waterpark kan, kalau tak dah berzikir anak-anak nak mandi pool ni.. haha.. Kalau korang nak karaoke boleh ke blok 3 ya.

Credit picture to Sis Lin

Alhamdulillah, memang selesa sangat stay di Arabian Bay Resort ni. Active Academy pun berhadapan jer dengan resort ni, cuma perlu berjalan kaki dalam 5-10 minit sahaja dah sampai.. Kalau nak ke Waterpark dan Safari Park pun hanya perlu tunggu tram di lobi hotel. tak perlu bersusah payah nak drive ke sana-sini.. 

Okla.. untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penginapan dan pakej-pakej yang ditawarkan di BGRC ini, korang boleh layari dan hubungi BGRC melalui media social BGRC seperti yang tertera dibawah.

Website : 
 
Facebook
 
Instagram
 
Alamat
Bukit Gambang Resort City,
26300 Gambang, 
Kuantan Pahang Darul Makmur,
Malaysia
 
No. Telefon
+09-548 8000 ext. 8111/8112/8113
Fax : +609-548 6666
 
Whatsapp
+6011-51225298
 
Email
enquiry@bgrc.com.my
 
 





Flower Chimp Menawarkan Perkhidmatan Penghantaran Bunga ke Seluruh Negara dan Asia Tenggara

$
0
0

 

Pengasas Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2018 - “Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.


Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.


“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.


Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.


Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.


Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.

Flower Chimp 

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.


Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.


Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com. Sila hubungi Jabatan Pehubungan Awak kami menerusi emel: pr@flowerchimp.com atau telefon bimbit: +6013-886 9948 untuk sebarang pertanyaan berkaitan media


Hubungi kami:

Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph


Hilangkan Batuk Selsema Anak dengan Garlic Balm ZM Beauty

$
0
0

Hilangkan Batuk Selsema Anak dengan Garlic Balm ZM Beauty  | Assalamualaikum.. Korang nak tahu tak, masa kitorang pergi Bukit Gambang Resort City aritu, baby Faiz Mikail tak berapa sihat sangat.. Ada selsema sikit-sikit.. Actually, tu first time baby kena selsema sehingga meleleh sikit hingusnya. Sebelum ni ada juga selsema tapi takde la sampai meleleh.. Just dengar bunyi nafas dia tu jer dan ada hingus  yang dah jadi tahi hidung kering jer bila bangun tidur...


Masa kat BGRC tu kan kitorang stay dekat Arabian Bay Resort, tidur pulak bilik ber'aircond' kan, mesti la sejuk. Lagi mudah la kena selsema.. Lagi-lagi si abang-abang Faris, Fattah dan Kakak Diyana tu, petang tu kan mandi kolam di Waterpark BGRC.. So lagi senang la kena selsema malam tu.. Malam-malam dah sroot sreet sroot sreet.. geram betul ibu dengar tau..


Nasib baik ada Garlic Balm dari ZM Beauty ni.. Garlic balm ni memang wajib Dilah bawak bila travel dan juga bawa ke rumah pengasuh baby.. Budak kan memang senang kena selsema.. Sejuk sikit selsema, main air lebih sikit selsema. Tu yang wajib bawa ke mana-mana garlic balm ni.. Sebelum tidur, Dilah sapu kat dada dan belakang badan anak-anak semua.. dah macam pawang pulak mak nye ni duk sapu2 kat 4 beradik tu.. hahaha.. Lega rasa bila bangun pagi dah tak dengar anak-anak sroot sreet lagi.. haha.. memang berkesan betul garlic balm ni kan..


Dilah suka tengok packaging garlic balm ni.. nampak smart kan.. tak perlu risau kot-kot bekas tu pecah ke.. nak simpan dalam handbag pun senang, takde la berlaga-laga dengan barang lain.. haha.. maklum la beg ibu tu kan dah macam beg doremon.. macam-macam ado nakkk.. haha.. Jom Dilah share sikit info mengenai garlic balm dari ZM Beauty ni..


Fungsi Garlic Balm ZM Beauty

  • Rawatan alternatif untuk batuk dan selsema.
  • Melegakan selsema, batuk dan asma ringan untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa.
  • Menghilangkan kahak.
  • Membuang angin.
  • Menghangatkan badan.
  • Merawat kembung perut.
  • Boleh dijadikan sebagai minyak bayi.
  • Merawat gatal ringan.

Garlic Balm ZM Beauty ini dibuat menggunakan 100% bawang putih dan minyak zaitun. Memang selamat untuk baby dan anak kecil kerana ianya tidak panas. Lebih meyakinkan lagi, garlic balm dari ZM Beauty ini mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.


Cara penggunaan :
Sapu balm dibahagian tapak kaki, dada, belakang, tulang rusuk, bahagian sinus dan ubun-ubun (pakai stoking selepas sapu di tapak kaki). Dilah sapu kat sinus tu nipis-nipis jer.. seeloknya letak masa anak dah tidur, takut anak gosok-gosok masuk mata pulak kan..

Okla.. kalau korang nak cuba garlic balm ni juga, boleh hubungi ZM Beauty ya;


Garlic Balm ZM Beauty

Instagram:  
Facebook: 
 Website: 
 Whatsapp: 

Wajah Lebih Berseri dengan FAME Cosmetic

$
0
0


Wajah Lebih Berseri dengan FAME Cosmetic | Assalamualaikum.. hari ni Dilah nak share sikit hal orang pompuan.. ala, cerita apa lagi kalau bukan bab mekap-mekap ni kannn.. haha..(tangan kat bahu) macam makcik bawang sangat kan… haha.. Dilah ni takde la suka make up sangat pun.. kalau make up pun yang nipis-nipis jer.. yang basic sudah kan…


2 minggu lepas kan Dilah pergi Bukit Gambang.. bayangkan la aktiviti padat kitorang masa kat sana.. dengan panas nya lagi.. tapi dah kata blogger kan, tak boleh la selekeh sangat.. karang nak amik gambo, seram pulak orang tengok muka kite kan.. So tepek la jugak muka tu bagi berseri sikit kan.. haha…


Kalau korang nak tahu, masa tu Dilah pakai BB Cushion dari FAME Cosmetic. Ni bukan 1st time Dilah guna kosmetik dari FAME. Dilah start pakai dah 2 tahun lepas kalau tak silap, tapi memang lambat la habis guna sebab jimat-jimat.. haha.. ok ni tipu.. bukan sebab jimat tapi sebab tak suka make up.. tapi kalau ada event ke, raya ke, ada majlis-majlis jumpa orang ramai harus la make up sikit-sikit kan..

So masa kat BGRC tu memang Dilah pakai BB Cushion FAME ni la.. Rasa ringan dan tahan lama.. dah tu senang pulak nak guna kan.. just dapdap kat pipi tu dah siap.. ada anak kecik pun xde hal la nak mekap-mekap ni.. haha.. pastu pakai pulak dengan Lip Cream FAME ni jugak.. terasa gojes ler pulak walaupun hanya tengok binatang-binatang liar jerk at situ.. nasib ‘diorang’ tak ajak akak berselfie kannnn.. hahaha.. Lip cream ni best.. kering jer.. color pun cantik-cantik.. Dilah pakai code Fuschia.. cantik juga color ni kan.. Sebelum ni Dilah penah beli code Violet.. pun cantik..


So kalau korang nak cantik-cantik macam Dilah ni jugak (matik la puji diri sendiri.. haha)  Bak kate FAME - Secret of Stylish Woman gitu.. korang boleh terjah IG dan FB FAME cosmetic seperti kat bawah ni ya..

Facebook:

Instagram:

WW87 :: Best tak Goodday Green Tea?

$
0
0

WW87 :: Best tak Goodday Green Tea? | Assalamualaikum.. korang dah try Green Tea dari Goodday ni? Best tak? Bagi Dilah best. kena dengan tekak Dilah.. just nice jer rasa dia..


Kalau korang belum rasa lagi, boleh la try cari di kedai-kedai berhampiran.. Kalau beli dekat shell skrg ada promosi 2 kotak Goodday ni RM3.80 sahaja.. selamat mencuba :)

Mudahnya Membersihkan Mekap dengan Imaan Facial Wipes

$
0
0

Mudahnya Membersihkan Mekap dengan Imaan Facial Wipes | Assalamualaikum.. Korang perasan tak Dilah jarang share gambar Dilah.. Sebabnya Dilah ni kurang gemar nak bermake up. Jadi kadang-kadang tu rasa kurang konfiden la juga kan nak berselfie-selfie ni.. Habis tu kenapa tak bermake up?? Kata nak konfiden kan.. Hah ni yang Dilah nak bagitau ni..

Salah satu sebab kenapa Dilah kurang gemar nak pakai make up adalah sebab susah nak bersihkan muka bila nak bersolat. Yela, kalau muka tak bersih, ada foundation lagi kat muka, ingat sah ke bila solat tu?? Lagi-lagi kalau tak bawa pencuci muka kan, memang rasa tak selesa sangat nak cuci muka walaupun hanya pakai make up nipis..


Tapi sekarang Dilah tak perlu risau lagi nak bermake up bila adanya Imaan Wipe Tissue ni. Wet tissue ni special untuk menanggalkan make up tau.. tak perlu bersusah payah nak bawak bottle make up remover. Just selit jer wet tissue ni dalam hand bag dah settle. Tapi jangan tertukar pulak dengan wet tissue baby tau.. haha..


Kalau korang nak tahu, actually Imaan Wipes ni ada 3 jenis tau..  

  • Imaan Facial Wipes– untuk menanggalkan mekap
  • Imaan Feminine Wipes - untuk zon intim wanita
  • Imaan Family Wipes – untuk menjaga kebersihan seisi keluarga.  



    Untuk menanggalkan mekap ni Dilah guna Imaan Facial Wipes. Memang direka khas untuk membersihkan solekan pada muka.. Tapi di samping membersihkan mekap, muka kita pun boleh jadi segar tau.. serius best sangat.. dah la wangi.. dari lap sikit terus lap lama-lama bagi segar muka.. hahaa.. dan tisu ni pun tebal tau tak macam tisu basah baby yang biasa tu..


    Kelebihan Imaan Facial Wipes
    • Membersih solekan dan menyegarkan kembali wajah.
    • Sesuai untuk kulit kering dan sensitif serta kulit jenis berminyak
    • Mengandungi khasiat Argan Oil, Aloe Vera dan Vitamin E bagi melembap dan melindungi kulit muka. 
    • Dermatologically Tested, Formaldehyde Free, Paraben Free, Alcohol free 

    So kalau korang pun nak try guna wet tissue ni boleh la dapatkan dari Imaan Suci World ya.. boleh pilih nak wet tissue jenis apa.. boleh usha juga produk-produk lain dari Imaan Suci World ya.


    Website



     

    -      

    Muka Segar dan Berseri dengan Solekan Nipis dari Yarra Beauty Care

    $
    0
    0


    Muka Segar dan Berseri dengan Solekan Nipis dari Yarra Beauty Care  | Assalamualaikum.. Korang nak tahu tak, masa pergi bercuti ke Bukit Gambang Resort City hampir sebulan yang lepas, Dilah ada mencuba produk kecantikan dari Yarra Beauty Care.. Kalau ada yang kenal dengan Dilah, tahu la yang Dilah ni memang tak suka bermake-up. Memang tak gemar la nak tepek macam2 benda kat muka ni.. haha..


    Masa kat BGRC tu kan panas, aktiviti pulak sangat padat. Kitorang buat aktiviti lasak di Active Academy dan jugak seharian di Bukit Gambang Safari Park untuk melihat haiwan liar lebih dekat lagi. Hari 1st tu pulak dah berjemur di Taman Tema Air BGRCtu.. So aktiviti kitorang memang padat sangat.. Dengan anak ramai ni lagi memang tak sempat la nak belek muka lama-lama.. kang ada pulak yang tertinggal trem nanti.. haha.. sadis kan..

    Set 4 in 1 Skin Treatment and Make up Beauty

    So sepanjang kat sana dan sekembalinya dari BGRC aritu, Dilah masih menggunakan lagi produk Yarra ni.. So far alhamdulillah, best dan Dilah suka dengan produk ni.. Jom kita tengok apa yang ada dalam 4 in 1 set ni;


    1- 50ML Yarra Xtra C Moisturiser

    Fungsi:
    - Memberi kelembapan dan kesegaran pada kulit.
    - Membantu masalah kulit kering,
    - Mengatasi anti-aging.
    - Melindungi kulit dari garisan stress, penuaan, mengecilkan liang pori.
    - Melindungi kulit dari sinaran UV.
    - Membantu masalah tona kulit tak sekata.
    - Mengurangkan eyebeg.

    2- 50ML Yarra Xtra E Face Mist
    Fungsi:
    - Barang asas sebelum mekap.
    - Sempurnakan hasil selepas mekap.
    - Toner semulajadi.
    - Mencerahkan & memulihkan kulit kering.
    - Melindungi kulit dari kerosakan akibat pancaran matahari.
    - Antioksida tertinggi (400x ganda dari vitamin C)

    3- 8g Yarra DD Cream Foundation

    Fungsi:
    - Mengandungi SPF +30.
    - Ringan dan sesuai untuk semua jenis kulit.
    - Membantu mengatasi masalah utama pada kulit termasuk kemerahan, garis kedut, pori besar dan bintik hitam di wajah.

    4- FREE GIFT Yarra Kabuki Brush


    Untuk bagi muka fresh dan tak kering sangat setelah seharian dengan aktiviti luar, Dilah pakai pelembap dari Yarra Cosmetic ni.. memang best sangat.. mula2 tu rasa macam melekit-lekit sikit selepas disapu rata pada wajah. Tapi selepas 2-3 minit, terus rasa kering dah tak melekit lagi.. memang best. Pulak tu wangi pulak baunya..  Lepas tu Dilah guna DD foundation tu sapu rata nipis-nipis guna berus yang dapat free gift tu.. simple macam tu je pun dah puas hati.. Nampak natural jer.. siap tu spray kan Face Mist pulak.. memang ssegar…

    Bagi korang yang suka kan make up simple dan nak cepat macam Dilah, boleh la try guna produk Yarra Beauty Care ni.. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi nombor whatsapp dibawah ya..

    Whatsapp :

    Facebook HQ:

    Instagram:


    WW88 :: Kerana Ubat Bius, Rahim Mamito Terpaksa Dibuang!!!

    $
    0
    0

    WW88 :: Kerana Ubat Bius, Rahim Mamito Terpaksa Dibuang!!! | Assalamualaikum.. Pagi tadi terbaca kat facebook kakak yang Mamito terpaksa jalani pembedahan sebab tulang rahang patah. Tapi yang lebih menyedihkan lagi, disebabkan pembedahan tu, baby Mamito tak dapat diselamatkan kerana ubat bius tu akan menyebabkan janin mati.. Mamito skrg dah hamil 2nd trimester. Dan lebih malang lagi, bila janin dah mati, rahim Mamito juga terpaksa dibuangggg!!! kalau korang nak tahu siapa Mamito, bacalah screenshoot whatsapp kitorang ni ya..












    Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, jatuh tergolek atas tahi pula... sedih sangat mengenangkan nasib Mamito.. sampai ke saat ini nasib Mamito tak diketahui lagi.. masih dalam OT lagi agaknya... korang doakan Mamito selamat dan sihat seperti sediakala ya.. dah la ni 1st time dia hamil.. kesian Mamito...


    T-shirt Printing Kajang - Murah, Selesa dan Service Terbaik

    $
    0
    0


    T-shirt Printing Kajang - Murah, Selesa dan Service Terbaik | Assalamualaikum.. Sudah sebulan berlalu Dilah dan Team JDT Blogger pergi bercuti di Bukit Gambang Resort City. Tapi asyik teringat jer keseronokan dan pengalaman indah sepanjang Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang tu.. Anak-anak pun asyik cakap nak pergi bercuti ke sana lagi.. nak mandi pool dekat waterpark dan tengok haiwan di Safari Park. Kalau Dilah pula, di samping waterpark dan Safari Park, Dilah suka join aktiviti luar di Active Academy..

    Masa aktiviti di Active Academy tu, cuaca agak panas tapi takdela terlalu bahang. Sebab kami mula kan aktiviti pukul 9 pagi. So cuaca just nice la, panas tapi tak terik sangat. Mungkin juga sebab baju t-shirt yg kitorang pakai tu selesa dan tak panas. So walaupun pakai untuk aktivti lasak tu, memang tak rasa panas.. 

    Pakai semasa aktiviti lasak - selesa dan tak panas, serap peluh..

    Biasa lah bila ada buat family day mesti nak pakai baju dondon-dondon kan.. haha.. Baru la cantik gitu bila amik gambar.. Baju t-shirt kitorang yang cantik tu telah ditaja oleh T-Shirt Printing Kajang. Untuk design logo tu pula direka khas oleh Redneycreativemy . Kalau korang order dari T-shirt Printing Kajang ni, korang boleh juga minta mereka design kan baju t-shirt tu tapi kalau nak design sendiri pun boleh.. Cantik kan baju t-shirt kitorang ni.. Kain memang selesa dan tak panas.. harga pun murah dan service pun cepat.

    bersama team JDT Blogger.. cantik kan baju kitorag...

    T-SHIRT PRINTING KAJANG

    T-SHIRT PRINTING KAJANG juga menyediakan servis untuk totebag, pecil case, baju rewang/ bekwoh/ kenduri, baju family day, kelab, persatuan dan lain-lain program lagi. Terdapat 3 jenis printing iaitu heat press, silk screen dan juga sulam. Harga berbeza mengikut jenis printing.

    Sangat selesa.. walaupun untuk kegunaan harian.. Abaikan muka mak anak 4 yg serabut tu.. haha

    Kenapa harus memilih T-Shirt Printing Kajang?

    • Mempunyai Tenaga yang Mahir & Pakar
    • Menawarkan harga yang sangat MURAH
    • Mampu menyiapkan tempahan secepat mungkin.
    • Penghantaran ke SELURUH MALAYSIA
    • Mempunyai Pelbagai Mesin Cetak seperti Heat Press, Silk Screen, Sulam, dan lain-lain.

    So far, Dilah dah pakai banyak kali t-shirt ni selepas balik dari BGRC aritu.. pakai semasa riadah dengan anak-anak, pergi mini market, pergi kerja pun Dilah ada pakai juga t-shirt ni.. Memang selesa sangat.. So kalau korang tengah tercari-cari tempat jual printingt-shirt yang murah, korang boleh contact nombor di bawah ye..

    Untuk maklumat lanjut, boleh ke

    Untuk Tempahan,
    Call / WhatsApp terus ke :
    +6010-2511422

    Alamat :
    Arked Mara Kajang
    Tingkat 2, Kedai No.40.

    Waku Operasi :
    10.00 pagi – 8.00 petang



    WW89 :: Tamat Sudah Family Day GBSB di Cyberview Spa and Resort

    $
    0
    0

    WW89 :: Tamat Sudah Family Day GBSB di Cyberview Spa and Resort | Alhamdulillah.. dah selesai family day bersama geng gojes. nanti Dilah update ye.. seronok sangat... banyak sangat benda nak share ni... nanti Dilah update ye..







    Daging Salai Frozen dari Smoka - Salai Hous

    $
    0
    0

    Daging Salai Frozen dari Smoka - Salai Hous | Assalamualaikum.. Korang minat tak masakan daging salai? Dilah ni memang suka makan daging salai.. tapi x penah pulak masak daging salai tu sendiri.. tau makan je.. masak x tau.. haha..


    Masa family day geng GBSB aritu, kitorang ada buat potluck. masing-masing ada bawak makanan atau minuman. Salah satu daripadanya adalah menu daging salai masak lomak cili api. Sedap betul daging salai tu.. lembut je.. tu yang teringat-ingat lagi sampai sekarang ni.. haha


    Dulu Dilah rasa macam leceh jer nak masak daging salai ni.. tapi sekarang ni dah senang, dah ada daging salai frozen tau.. jangan tak caye.. daging salai masak lemak yang Dilah makan aritu guna daging salai frozen la.. Alahai.. senang betul keje memasak zaman sekarang ni kan.. 

    Dah alang-alang tu meh Dilah share resepi Daging Salai ni..

    Daging Salai Masak Lomak Cili Api bersama Belimbing Buluh


    Bahan untuk dikisar
    1. Bawang putih 10 biji
    2. Bawang merah 5 biji
    3. Serai 1 btg
    4. Cili api 15 biji
    5. Cili besar 3 biji
    6. Kunyit hidup 1 inci shj
    7. Santan pekat
    8. Air secukupnya
    9. Daun kunyit
    10. Garam n gula
    11. Belimbing buluh

    Cara masak :
    1. Minyak untuk menumis
    2. Masukkan bahan yg dikisar tadi
    3. Tumis sehingga naik bau
    4. Masukkan air
    5. Masukkan santan
    6. kacau sehingga sebati
    7. Masukkan DAGING SALAI
    8. Masukkan daun kunyit, belimbing buluh, garam dan gula
    SIAPPP..
    ***********************

    Info Daging Salai Smoka - Salai Hous



    - Harga - RM20
    - Berat 250g
    - Daging ni sudah masak cuma difrozenkan
    - The kempen eat clean and healthy
    - Mudah dan cepat dimasak
    - Menggunakan teknik salai tradisional
    - Menjimatkan masa menyiapkan hidangan

    Muhamad Husnul Azam Ahmad Mughni
    Pegawai Pemasaran
    019 - 6014 371

    Jadual Waktu Solat dari Aplikasi Raudhah

    $
    0
    0
    Jadual Waktu Solat dari Aplikasi Raudhah | Assalamualaikum.. Hai korang.. cuti panjang weekend ni nak ke mana?? Bestnya beberapa minggu ni banyak cuti tambahan kan.. tapi kalau dah cuti panjang sikit mula plan nak pergi jalan-jalan kan.. Cuti-cuti Malaysia la kan… Alhamdulillah, weekend lepas Dilah pergi bercuti dengan team blogger lagi.. Seronok sangat tau sbb dah lama kenal di alam maya tapi tak pernah jumpa.. kira 1st time la Dilah join family day dengan diorang ni.. Hehe.. nanti Dilah update detail pasal family day tu ye..

    Bila pergi bercuti ni kadang-kadang Dilah ada masalah bila nak solat tu tak tahu dah masuk waktu solat ke belum. Yela, kita dah biasa dengan waktu solat tempat kita kan, tapi bila bercuti ke tempat orang dan time tu nak solat mula la tertanya-tanya dah masuk waktu ke belum ni?? Nanti nak solat kat mana? Kat mana tempat solat/masjid yang terdekat boleh singgah solat? Macam-macam pertanyaan dalam kepala ni kan..


    Nasib baik la sekarang ni dah senang sebab dah banyak website dan aplikasi waktu solat yang boleh kita rujuk. Tapi dalam banyak-banyak website, Dilah suka rujuk di website www.raudhahku.com.my. Kalau nak lagi mudah, install sahaja  aplikasi Raudhah di handphone dan korang boleh dapatkan waktu solat Malaysia dalam aplikasi ni. Senang dan mudah sangat!! 

    Bila dah install aplikasi Raudhah tu, korang boleh tengok jadual waktu solat Malaysia di bahagian ‘Prayer Times’. Then cari la location pilihan korang. Macam Dilah kat Johor ni pilih kawasan Johor Bahru. Nanti keluar la jadual waktu solat untuk sebulan. Mudah jer kan..  

    Aplikasi Raudhah


    Kalau korang nak tahu, Aplikasi Raudhah ni adalah kesinambungan dari Program Keagamaan yang popular di TV 9 iaitu Raudhah di hatiku.. Terdapat banyak informasi yang boleh diperolehi dalam aplikasi Raudhah seperti jadual waktu solat, kedudukan masjid, senarai restoren halal, rakaman media program di TV, arah kiblat, haji dan umrah dan banyak lagi.. Senang kata, aplikasi Raudhah ini sangat lengkap untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. 
    Tajuk utama yang terdapat dalam aplikasi Raudhah

    Selain dari jadual waktu solat yang Dilah dah tunjukkan di atas tadi, korang juga boleh tahu masjid-masjid yang berada di kawasan berdekatan korang tau.. Bagus betul kan.. kadang-kadang bila dah berjalan tu nak singgah solat tapi tak tahu kat mana masjid terdekat. So dengan adanya aplikasi Raudhah ni senang la korang nak rujuk nanti..

    Dalam aplikasi Raudhah ini juga korang boleh tengok sedutan program tazkirah dan rancangan TV yang pernah disiarkan dalam program Raudhah di Hatiku seperti Jejak Rasul, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Halaqah dan banyak lagi.. Hanya klik ‘MEDIA’, nanti keluar la macam-macam program TV. So kalau tak sempat nak tengok kat TV, boleh la tengok dari aplikasi ini sahaja.. Bagi anak-anak tengok pun bagus jugak ni, daripada asyik bagi anak-anak tengok youtube rancangan kartun jer kan.. Baik bagi tengok rancangan yang berilmiah sikit.. haha 
    Antara program rancangan TV yang terdapat dalam aplikasi Raudhah
    Menarik sangat kan aplikasi ni.. Amat sesuai sangat sebagai panduan dan rujukan seharian.. Banyak sangat manfaat yang boleh diperolehi hanya dengan satu aplikasi. Okla.. tu je Dilah nak share.. Jangan lupa download aplikasi rauhah ni tau..




    Farm In The City - Tempat Menarik untuk bawa anak-anak

    $
    0
    0

    Farm In The City - Tempat Menarik untuk bawa anak-anak | Assalamualaikum.. Belum sempat nak share pasal family day GBSB sebab banyak benda nak share.. so Dilah skip dulu.. Dilah nak share pasal Farm in the city. Kitorang pergi sini sehari selepas habis family day tu.. Pergi ramai-ramai dengan geng blogger GBSB jugak.. Actually Dilah memang dah lama teringin nak bawak anak-anak ke FITC ni bila kitorang turun KL. So, tercapai la hajat kali ni dapat bawak anak-anak masuk sini.. budak-budak dengan haiwan kan memang suka sangat..

    Kitorang janji nak masuk sama-sama dalam pukul 12tghari.. Dilah ajak adik Dilah sekali, sebab malam tu Dilah tidur rumah dia.. Bila sampai sana parking memang full!! kat luar-luar tu pun dah parking agak jauh.. tapi redho jer la dah sampai lambat kan... cuaca pun panas terik.. fuhhh.. tabah la nak berasak-asak dalam panasss kan.. lagi-lagi public holiday, memang ramai sangat parents ambil peluang bawa anak-anak berjalan di FITC tu..


    Tempat wajib bergambar kenangan di FITC. dari kiri : Faris, Fattah Aali & Kakak Diyana.
     Sebelum masuk dalam, wajib ambil gambar di kereta hijau ni.. nampak cantik jer kan.. laluan masuk melalui kedai survenir. So harap buat tak tahu jer la bila anak-anak mintak macam-macam.. haha.. lepas tu turun tangga sebelah kiri tu ada kaunter tiket. boleh beli tiket di situ.. Lepas settle adik Dilah beli tiket, kitorang pun masuk ke dalam. Dalam FITC ni ada 17 station semuanya..




    Orang ramai tengah beratur untuk beli tiket.

    Station 1 : Ostrich Farm

    Ostrich farm ni berada sebelum pintu masuk tempat beli tiket. Kiranya lepas kedai suvernir tu korang akan nampak Ostrich farm ni dulu.. kalau terus turun tangga baru jumpa tempat beli tiket.. So masa Dilah teman adik Dilah beli tiket, Ayah Wan dan anak-anak dah pegi tengok binatang di sini dulu.. Banyak binatang kat sini seperti kambing biri-biri, kambing biasa, ayam, ostrich, khinzir dan banyak lagi.. tapi yang paling menyerlah dah tentu la si ostrich ni.. Memang menjadi tumpuan betul tau dia ni.. haha




    Station 2 : Turtle & Tortoise Farm

    Tempat pertama yg akan jumpa lepas dari kaunter tiket tu adalah turtle and tortoise farm.. anak-anak teruja sangat tengok kura-kura gergasi.. ehh.. mak pun teruja sama.. haha.. dah la banyak pulak tu.. tapi kakak takut nak pegang.. kalau korang nak tau, kura-kura ni dah berusia 35thn tau.. ehh, sebaya pulak dgn Dilah.. haha.. time ni memang ramai sangat orang kat sini.. so tak dapat la Dilah nak selfie berdua jer ngan kura2 ni. haha..



    Kura-kura sebaya Dilah.. haha

    Muka anak-anak kena paksa pegang penyu gergasi.. kakak ngan Fattah Anas tu takut nak pegang sebenarnya..
    Actually, penyu yang coklat tu terletak kat tempat lain.. agaknya sebab kat tempat asal tu penuh sangat kot.. so staff alihkan ke ruang yang lain..


    Pig nose Turtle

    Station 3 : Reptiles Cavern

    Station 3 ni kawasan ular-ular dan buaya.. bunya yg ada kecik jer tapi ular semua besar-besar. reptilia ni semua dalam ruangan berkaca.. Bila jalan dalam ni korang kena dongak ke atas. ada ular putih besar kat atas kepala.. haha.. Time tu boleh pulak si kakak cakap, kalau kakak pecahkan bumbung tu nanti ular tu jatuh.. hahha.. macam berani je si kakak tu kan..

    Reptile Carven



    Pic from FITC. Tempat berkaca yang menempatkan ular-ular berbisa dan buaya.


    Ular ni sedap tidur kat atas bumbung.. besar pulak tu..
    Ular sawa


    buaya yang tak berapa besar sangat..



    Station 4 : Passion Fruits Garden

    Di fruit garden ni ada beberapa jenis ayam dan leapord cat.. Abang Faris cakap kucing bintang.. boleh la bang.. ada la bunyi jugak macam harimau bintang tu kan...




    Station 5 : Free-flight Bird Aviary


    Dalam kawasan sangkar yang besar ni terdapat pelbagai jenis burung yang dibiarkan terbang bebas dalam ni.. cantik-cantik semuanya.. ada burung warna biru tu comel sangat tp tak sempat nak amik gambar dah terbang pulak..


    Antara 24 jenis burung yang terdapat dalam sangkar besar Bird Aviary.


    Burung merak tu tak nak buka pulak kepak cantik dia..

    Kakak tanya tu burung apa bu? dia tunjuk burung merak tu.. nampak ekor besar kan.. bila pegi kat board tunjuk nama2 burung ni dia cakap dia suka peacock, cantik bulu kembang warna-warni.. Dilah cakap tu la burung yang kakak tanya tadi.. hahaha.. dia tak perasan burung tu sama sebab time tu tak kembang kan.
     
    Burung biru besar mcm kaki halus macam angsa..

    Station 6: Savannah

    Di kawasan Savanna ni ada beberapa jenis haiwan yang jarang ditemui di Malaysia seperti Alpaca dan dusky wallaby. Alpaca ni tak boleh panas, sentiasa berkipas jer.. amboi sangat kannn.. haha.. binatang lain yang ada dalam kawasan Savannah ni seperti kambing, rusa, kambing Switzerland dan beberapa jenis haiwan lagi.. Semuanya jinak-jinak belaka.. Bagi makan rumput pun dah taknak sangat.. dah kenyang kot ramai sangat bagi dia makan.. haha


    Credit picture to FITC. Ni la Dusky Wallaby


    Credit picture to Pijah Ni la Alpaca.. macam kambing tapi macam rupa unta jugak kan.. confuse pulak binatang ni jenisan apa.. haha
    Rusa ni dah kekenyangan agaknya..


    Fattah dan Faris try bagi makan jugak.. dia makan sikit je..


    Station 7 : Vegetables and Fruits Farm

    Kebun sayuran dan buah-buahan ini terdapat lebih 100 jenis tumbuhan dan buah-buahan tropika. Konsep kebun ni macam tanaman dalam kawasan kampung.. Tapi kitorg tak masuk dalam kebun ni sebab hujan.. skip jalan ke tempat lain yg berbumbung pula.


    Station 8 : Pet Village

    Di Pet Village ni terdapat beberapa jenis haiwan peliharaan yang comel-comel seperti arnab dan guinea pig.. Guinea pig ni macam jenis tikus kecik yg orang suka bela dalam sangkar tu tapi yg ni saiznya besar sikit.. tengok comel tapi geli pun ada jugak.. Dilah tak suka pegang jenis yang berbulu-bulu sangat ni.. geli makkk.. haha




    Station 9 : Longkang Fishing


    Anak-anak boleh tangkap ikan dalam longkang ni.. tapi masa Faris ngan Fattah nak tangkap ikan, ikan dah takde sangat.. mungkin menyorok bawah tempat tertutup sbb hujan.. hmm logik tak ye?? Ke hulu ke hilir budak-budak ni cari ikan.. elok lepas kitorang nak gerak ke tempat lain, baru nampak segerombolan ikan lalu.. haha..cian budak-budak tak dapat sauk ikan.. haha


    Credit picture to Pijah lagi..

     Station 10 : Fish Feeding at Mood's Lake

    Dalam tasik ni ada banyak sangat ikan. Besar-besar pulak tu.. geram pulak tengok ikan tu.. ada jugak itik dan angsa berkeliaran tepi-tepi tasik dan dalam tasik.. tak bergerak anak-anak tengok ikan besar-besar dalam tasik tu..


    tak berganjak tengok ikan-ikan tu..


    ikan besar-besar kat sini..








    Station 11 : Jungle Walk

    Dalam jungle walk ni ada banyak jenis haiwan hutan seperti marmoset, white peacock, tupai, red and green iguana dan banyak lagi..


    Station 12 : Twilight Creatures

    Di sini ada beberapa jenis haiwan yang berjaga diwaktu malam hari seperti burung hantu dan slow loris. Tak pernah pulak Dilah tahu Loris ni berjaga waktu malam macam burung hantu jugak.. namanya pun pelik kan.. tapi comel tau loris ni.. hehe


    Burung hantu


    Station 13 : Exhibition Hall

    Tempat ni adalah salah satu ruang yang berbumbung untuk pertunjukan haiwan.. terdapat banyak haiwan di sini seperti burung nuri, skunk, raccoon, ular, kura-kura, ular dan banyak lagi.. masa kat sini orang padat sangat sebab hujan dah mula turun.. so ramai yang berteduh kat sini sebab di sini berbumbung..


    Cantik burung nuri ni kan.... besar lak tu
    Add caption


    Tengok penyu berenang.. haha


    Skunk..


    Station 14 : Kampung Mahmood

    Kat sini ada pertunjukan burung nuri, kakak tua dan rakan-rakan ni.. ni kira burung-burung yang bijak pandai la ni.. haha..




    Station 15 : Pony Ride

    Anak-anak boleh try naik pony kat sini.. Dilah suruh kakak naik tapi dia takut.. rugi betul tau kakak ni.. kalau ibu nak jer naik.. haha..




    Credit picture to Pijah.

    Station 16 : Desert House

    Berhampiran dengan pintu keluar, terdapat serigala bertelinga besar Fennec Fox dan juga Meerket binatang comel dalam movie the Lion King.




    Helang putih

    Station 17 : World smallest species of horse - Falabella horse

    Falabella adalah spesis kuda terkecil di dunia. Lagi kecil dari 'my little pony' hehe..





    Berehat di Cafe

    Kalau korang dah penat berjalan dan anak-anak pun dah merengek lapar, kat sini ada cafe yang jual makanan dan minuman.. ada set nasi goreng, keropok lekor, french fries dan macam-macam lagi.. roti, sandwich, air panas dan sejuk semua ada.. Harga boleh tahan la, tempat-tempat macam ni harga standard la camtu kan..




    Ruang makan tertutup dan ber'aircond'. Set Fries tu harganya RM35 termasuk 4 cup air sejuk.


    Blogger GBSB

    Kalau dah nama blogger kan, bila berjumpa mesti  la nak bergambar.. ni je yang sempat  Dilah selfie bersama.. yang lain sempat borak jer.. haha.. hope dapat jumpa diorang semua lagi.. Alahai baru seminggu dah rindu nak jumpa diorang lagi..



    Bersama blogger fames Safurara dan Mimi
    Bersama Umie

    Dari kiri Anis Rosli, Kayrul, Anez Zamri, Mimi dan Dilah

    Bersama Mimie Zatun pula.. hehe

    Operating Hours
    Weekdays : 10am - 6.00pm
    Weekends : 9:30am - 6:00pm
    Closed on every Tuesday, excluding Public holiday and school holiday.

    Alamat : 
    Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat,
    Bandar Putra Permai,
    Seri Kembangan,
    43300 Selangor.

    No Telefon :
    03-89412099


    ************************************************************************
    Normal Entrance Rates:
    Adult: RM58
    Children/Senior Citizen: RM48
    MYKAD Discount:
    Adult: RM39
    Children/Senior Citizen: RM32
    Note: All rates effective 1/Feb/2018
    * Child ticket is below 11 years old
    ** Child below 90cm in height is FOC.
    *** Senior Citizen (above 60 years old)
    ************************************************************************
    Family Package (MyKad Promotion) – RM132 nett
    – 2 Adults + 2 Children Entrance Tickets
    – 2 units of Farm In The City souvenirs
    – 2 boxes of Animal Feed
    – 2 pieces of “Buy 1 Adult Free 1 Child” KL Tower Mini Zoo Vouchers
    – 2 Certificates of Attendance for 2 Children
    – Special Edition Reusable Bag
    – RM 5.00 Discount Voucher for RM30.00 purchase at Happy Farm Souvenir Shop
    – RM 10.00 Food Discount Voucher for Kampung Style Restaurant’s Family Set Meals  

    Info lanjut:


    Viewing all 774 articles
    Browse latest View live