Quantcast
Channel: Ceritera Ibu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 774

Embah Jid Mahu Menaikkan Semula Muzik Irama Malaysia Menjelang Tahun 2020

$
0
0

Embah Jid Mahu Menaikkan Semula Muzik Irama Malaysia Menjelang Tahun 2020 | Assalamualaikum.. Siapa suka dengar lagu zapin kat sini?? Dilah suka dengar lagu zapin sekali dengan tarian zapin.. Negeri Johor ni kan terkenal dengan tarian zapin.. kadang-kadang kalau majlis kahwin tu ada juga persembahan tarian zapin dari budak-budak sekolah.. Alahai, comel betul budak-budak kecil ni berjoget zapin tau.. rasa bertenaga sangat mereka ni tau..


Masa zaman lagu irama Malaysia tengah popular satu masa dulu, kat radio selalu dengar lagu irama Malaysia.. Lagu-lagu ciptaan Pak Ngah nyayian oleh Dato' Sri Siti NurHaliza dan Noraniza Idris kerap dimainkan di radio-radio.. Kalau anugerah Juara Lagu pula, penuh satu pentas tu dengan penari-penari iringan mereka.. Meriah sangat kan... 

Malangnya zaman tu dah berlalu.. Semakin hari semakin kurang lagu irama Malaysia dimainkan di radio tempatan. Apatah lagi lagu zapin. Nak dengar lagu zapin tunggu la kalau ada persembahan di sekolah atau di majlis kahwin.. Komposer lagu irama Malaysia pun semakin berkurangan.. Sedih sangat kan...

SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK???


Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".


KENAPA EMBAH JID???
**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.
**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru" .


PROFIL EMBAH JID :-

- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga
- Penerus Zapin Lenga dan Teracap Inai
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -



LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.


Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.


Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.


PROFIL EMBAH JID :

Viewing all articles
Browse latest Browse all 774