Kempen Beli Produk Muslim | Assalamualaikum.. Sekarang ni tengah giat berjalan kempen beli produk Muslim.. Memang bagus sangat kempen ni agar lebih ramai orang Muslim menyokong sendiri bisnes yang diusahakan oleh saudara seagama kita secara tak langsung dapat meningkatkan ekonomi orang Islam..
Pada pendapat Dilah ada 2 cara untuk kita menyokong bisnes umat Islam di negara kita.
1) Membeli barangan yang dikeluarkan/dihasilkan oleh pengusaha Muslim
Maksudnya owner syarikat tu memang orang Islam. Sekarang ni dah banyak syarikat Muslim yg semakin meningkat naik. Tapi tak dilupakan juga, jenama-jenama yang belum dikenali ramai lagi. Inilah tugas kita untuk menyokong dan membeli produk mereka.. Nanti Dilah akan sharekan senarai produk Muslim tu ya..
2) Membeli barangan yang dijual oleh Pengusaha Muslim
Maksudnya, owner kedai orang Muslim tapi mungkin tak semua barangan yg dijual dikedainya adalah produk keluaran syarikat Muslim.. So kita support bisnes mereka dengan membeli barangan dari kedai mereka.. Contohnya kedai runcit, kedai makan, gym, spa, kedai gunting rambut dan macam-macam lagi..
Selain tu kalau orang Muslim buat bisnes online, atau direct selling pun kita boleh support mereka.. Kebanyakan syarikat Muslim mengeluarkan produk yang berasaskan makanan. Agak sukar kita nak dapatkan barangan keperluan harian, barangan rumah dan lain-lain lagi yang dikeluarkan oleh orang Islam. Kalau ada pun, mungkin homemade dan belum dikomersialkan lagi. So kalau ada kawan-kawan kita yang berniaga sendiri, kita boleh support mereka. Secara tak langsung kita boleh bantu mereka meningkatkan ekonomi keluarga mereka.
PRODUK BERASASKAN MAKANAN KELUARAN SYARIKAT MUSLIM
Kebanyakan produk keluaran syarikat Muslim berasaskan makanan. Antaranya, Jalen, Faiza, Gardenia dan banyak lagi.. Tapi masih ada juga produk makanan ini yang belum dikenali ramai. So jom kita tengok produk makanan keluaran syarikat Muslim
Jom ramai-ramai kita beli produk keluaran syarikat Muslim.. Semoga ekonomi umat Islam terus meningkat dan seterusnya dapat digunakan untuk membantu orang lain juga..